Disclaimer and Privacy Policy.

Latest events

Polisi Peribadi

 

Notis Data Maklumat Peribadi Dan Informasi

 

Tanah Sutera Development Sdn Bhd dan anak-anak syarikatnya (“Kami”) menghormati dan mengambil berat terhadap Data Maklumat Peribadi setiap individu.

Selaras dengan penguatkuasaan Akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia 2010 (“Akta”) pada 15hb November 2013, kami telah menyelaraskan notis ini untuk melindungi semua Data Maklumat Peribadi kesemua pihak berkepentingan. Notis ini adalah panduan langkah-langkah yang kami ambil untuk mengumpul, memproses, mengguna, memaklum, memindah dan menyimpan Data Maklumat Peribadi anda. Sila baca notis ini dengan teliti dan pastikan anda faham hak Data Maklumat Peribadi anda.

 

 

A. Cara Data Maklumat Peribadi Diperolehi

 

Sepanjang kami berurusan dangan anda sama ada menerusi lawatan anda ke pejabat kami, majlis perasmian atau pelancaran hartanah, promosi atau pameran hartanah, lawatan ke laman sesawang atau media sosial kami atau menerusi transaksi atau surat-menyurat, kami berhak untuk meminta Data Maklumat Peribadi anda sama ada menerusi cara perbincangan / lisan atau bertulis untuk memudahkan proses berunding atau untuk tujuan melengkaplan transaksi bersama anda atau berkomunikasi menerusi notis dan/atau memberi maklumat tentang perkhidmatan dan/atau produk kami.

 

Pengumpulan, penyimpanan, penggunaan, pemprosesan dan penyampaian Data Maklumat Peribadi anda amat diperlukan untuk memudahkan / menyempurnakan proses perniagaan, perlaksanaan, komunikasi, pengurusan perkhidmatan pelanggan, penyampaian perkhidmatan dan produk kami untuk masa sekarang dan/atau akan datang, perancangan, pembangunan, penyelidikan atau analisa, serta rancangan promosi bersama rakan kongsi kerja kami dalam projek perumahan kami.

 

 

B. Jenis Data Maklumat Peribadi yang Diperolehi

 

Data Maklumat Peribadi yang telah diperolehi bergantung kepada cara transaksi dan tidak terhad kepada yang berikut:-

 

Nama, nombor kad pengenalan, nombor dan maklumat pasport, umur, tarikh lahir, jantina, taraf perkahwinan, kewarganegaraan, bangsa, jumlah pendapatan, purata perbelanjaan, maklumat EPF, maklumat cukai pendapatan, nombor SOCSO, agama, alamat surat-menyurat serta alamat rumah, nombor telefon, nombor faks, nombor telefon bimbit, email, nombor telefon pejabat, nombor faks pejabat, informasi pasangan/waris, maklumat anak, pekerjaaan, maklumat majikan, maklumat taraf pendidikan dan sijil, maklumat kesihatan, maklum balas majikan, sejarah pekerjaan, rujukan, kajikan prestasi, tindakan disiplin, maklumat akaun bank, maklumat kad kredit, jenis kenderaan yang dipandu, nombor pendaftaran kenderaan, rekod keluar/masuk kenderaan, gambar dan imej.

 

 

C. Kesan Kegagalan Memberi dan/atau Mengemaskini Data Maklumat Peribadi Anda

 

Kegagalan memberi dan/atau mengemaskini Data Maklumat Peribadi anda akan menyebabkan perkara tersenarai di bawah. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang akibat yang timbul daripadanya:

 

a.            menjejaskan keupayaan pihak-pihak yang tertentu untuk memulakan, mematuhi, dan/atau menyempurnakan Perjanjian Jual Beli / Kontrak Pekerjaan / Tender / Surat Anugerah berkaitan dengan penjualan hartanah dan/atau produk dan/atau perkhidmatan dan/atau perkara yang barkaitan dengan pengurusan sumber manusia;  

 

b.            menjejaskan keupayaan pihak-pihak tertentu untuk berunding dan memulakan, mematuhi dan/atau menyempurnakan transaksi komersial dan/atau perjanjian penyewaan berhubung dengan sewaan hartanah/tanah/bangunan;

 

c.             menjejaskan keupayaan kami untuk memberikan maklumat/notis untuk produk/perkhidmatan yang diminta;

 

d.            menjejaskan usaha kami untuk memberitahu anda tentang penyebaran produk terbaru dan/atau acara akan datang; dan

 

e.            menjejaskan usaha kami untuk mematuhi sebarang undang-undang berkenaan; peraturan; hala tujuan; perintah mahkamah, perundangan, panduan, dan/atau kod yang berkenaan.

 

Anda bertanggungjawab untuk memastikan Data Maklumat Peribadi yang diberi adalah tepat, lengkap dan tidak mengelirukan dan ianya sentiasa dikemaskini sepanjang masa.

 

 

D. Tujuan Data Maklumat Peribadi Diperolehi

 

Tujuan kami mengumpul, memproses dan menggunakan Data Maklumat Peribadi anda termasuk dan tidak terhad kepada perkara-perkara tersenarai di bawah:

 

a.            penyediaan dan perlaksanaan segala dokumen yang diperlukan dan/atau perjanjian dan/atau kontrak berkaitan pembelian atau penyewaan hartanah dan/atau produk dan/atau perkhidmatan yang saling dipersetujui;

 

b.            penyediaan dan perlaksanaan segala dokumen yang diperlukan dan/atau perjanjian dan/atau kontrak untuk sebarang transaksi komersial berkaitan dengan sebarang projek, produk dan/atau perkhidmatan;

 

c.             penghantaran notis, perkhidmatan atau produk dan pemasaran perkhidmatan atau produk pada masa sekarang atau akan datang melalui email, surat-menyurat, telekomunikasi atau menerusi laman social;

 

d.            penyelenggaraan dan kemas-kini rekod pelanggan;

 

e.            pemasaran dan aktiviti berkenaan dengan projek kami dan/atau produk dan/atau perkhidmatan;

 

f.             pentaksiran kredit, penyiasatan kewangan dan latar belakang bila perlu;

 

g.            pencegahan jenayah;

 

h.            memenuhi syarat-syarat berkenaan peruntukan perkhidmatan dan produk dan pendedahan seperti yang diperundangkan berkaitan sebarang peraturan, arahan, perintah mahkamah, undang-undang, garis panduan, surat pekeliling, kod yang berkenaan dengan kami;

 

i.              penyerahan, khidmat pelanggan dan kerja baik-pulih untuk hartanah;

 

j.             perkhidmatan selepas penyerahan hartanah, seperti jawatankuasa penduduk, penyelenggaraan kelab sukan, keselamatan dan/atau program kesetiaan pelanggan; dan

 

k.            membenarkan kami untuk memberi atau menghantar Data Maklumat Peribadi anda ke pihak-pihak berkenanaan termasuk tetapi tidak terhad kepada jabatan kerajaan / badan berkanun / pengawal atur industri seperti yang diperundangkan dari masa ke semasa.

 

 

E. Pendedahan dan Penggunaan Data Maklumat Peribadi

 

Setiap Data Maklumt Peribadi yang telah diperolehi akan dirahsiakan. Walau bagaimanapun anda dengan ini bersetuju dan memberi kuasa kepada kami untuk mendedahkan Data Maklumat Peribadi anda kepada ketegori pihak berikut:

 

a.            mana-mana orang / organisasi yang kepadanya kita dikehendaki berbuat demikian bawah undang-undang atau sebagai tindak balas kepada agensi kerajaan / pihak berkuasa berkanun / pengawal selia industri,

 

b.            rakan perniagaan / firma gabungan yang memberi khidmat atau produk berkenaan dengan perniagaan kami;

 

c.             juruaudit, pakar runding, akauntan, peguam, atau pakar penasihat kewangan / professional kami;

 

d.            sub-kontraktor atau pembekal perkhidmatan / produk kami yang ditentukan mengikut keperluan;

 

e.            syarikat pengurusan hartanah pihak ketiga / entiti yang menguruskan hartanah yang telah dibeli; dan/atau

 

f.             pembekal perkhidmatan yang kami lantik berkenaan dengan program kesetiaan kami.

 

 

F. Perlindungan Data Maklumat Peribadi

 

Kami berikhtiar untuk melaksanakan pentadbiran dan langkah-langkah teknikal dipraktikan, diguna-pakai mengikut perundangan dan peraturan, untuk memastikan Data Maklumat Peribadi anda sentiasa selamat. Kami juga akan berikhtiar untuk melindungi Data Maklumat Peribadi anda daripada kehilangan, kecurian, penyalah-gunaan dan capaian tanpa izin, pendedahan, penggunaan, perubahan atau pemusnahan.

 

Walaupun kami menentang segala kemungkinan buruk atas perlindungan Data Maklumat Peribadi anda, kami tidak dapat memastikan dan menjamin keselamatan Data Maklumat Peribadi anda untuk transmisi di laman sesawang. Anda harus mangaku janji terhadap semua data transmisi di laman sesawang dibuat atas risiko anda sendiri.

 

 

G. Penyimpanan dan Retensi Data Maklumat Peribadi

 

Data Maklumat Peribadi anda akan disimpan sama ada berbentuk salinan cetak di pejabat-pejabat Tanah Sutera atau server yang terletak di dalam atau luar Malaysia dan diuruskan oleh kami atau penyedia perkhidmatan luaran di dalam atau luar Malaysia. Sistem dalaman yang memegang Data Maklumat Peribadi anda diterhadkan kepada sekumpulan pengguna yang dibenarkan berdasarkan keperluan yang ditentukan.

 

Sebarang Data Maklumat Peribadi yang telah anda berikan akan disimpan oleh kami selama diperlukan untuk tujuan yang tercatat di dalam notis ini atau untuk memuaskan sebarang perundangan, kawal selia dan/atau keperluan perakaunan atau untuk perlindungan kepentingan syarikat.

 

 

H. Pemindahan Data Maklumat Peribadi

 

Kami berhak untuk memindah Data Maklumat Peribadi anda kepada mana-mana pihak di dalam atau luar Malaysia berdasarkan keperluan perniagaan atau perundangan / pengaturan. Penggunaan segala Data Maklumat Peribadi yang dipindah tertakluk kepada tujuan yang tertera di dalam notis ini.

 

 

I. Kawalan Akses Data Maklumat Peribadi

 

Di bawah Akta, anda mempunyai hak untuk mengakses Data Maklumat Peribadi anda yang disimpan oleh kami. Anda boleh mengemas-kini Data Maklumat Peribadi anda yang tidak tepat, tidak lengkap, atau maklumat yang sudah luput atau menghadkan pemprosesan data anda yang sedia ada. Anda juga boleh mengemukakan sebarang pertanyaan atau aduan tentang penggunaan Data Maklumat Peribadi anda atau terhadap notis ini dengan menghantar ke alamat tertera di bawah:

 

Sales & Marketing Department

Tanah Sutera Development Sdn Bhd

No. 2, Jalan Sutera Merah 2,

Taman Sutera

81200 Johor Bahru, Johor

Malaysia.

Untuk Perhatian: Mr. Daniel Tan

 

Tel No.: +607-289 9009

Fax No.: +607-289 9119

Email: pdpa@tanahsutera.com

 

Sila ambil perhatian bahawa walau apa jua izin yang anda berikan untuk pengeluaran Data Maklumat Peribadi anda, kami masih berhak untuk memproses Data Maklumat Peribadi anda berdasarkan perundangan yang berkenaan. Kami juga berhak untuk mengenakan kutipan bayaran untuk sebarang permintaan akses data.

 

Kami tidak menawarkan sebarang perkhidmatan dalam talian (online) untuk memadam atau menghapuskan Data Maklumat Peribadi anda.

 

 

J. Pilihan untuk Menghadkan Proses Data Maklumat Peribadi

 

Anda berhak pada bila-bila masa menarik balik atau mengubah, keseluruhannya atau sebahagiannya, pilihan anda berhubung dengan pengunaan / pemprosesan Data Maklumat Peribadi anda, tertakluk kepada sekatan undang-undang, syarat-syarat kontrak dengan jangka masa yang munasabah melalui informasi hubungan yang dinyatakan di atas.

 

 

Nota:

 

1.            Notis ini diterbitkan dalam kedua-dua Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris akan diguna-pakai.

 

2.            Tanah Sutera berhak untuk meminda Nota Privasi ini dari masa ke semasa tanpa memberi notis terlebih dahulu. Anda dinasihatkan untuk merujuk Notis Privasi yang terbaru di laman sesawang Tanah Sutera.

 

Drop Us A Message
Find A Store
Career With Us
Latest Promotion & Events